Perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah di Kompleks Shahab Perdana, Alor Setar merupakan satu kemudahan diberikan kepada orang ramai untuk melakukan urusan tertentu tanpa berkunjung ke mahkamah. Sejajar dengan keprihatinan Mahkamah Persekutuan Malaysia terhadap keperluan orang awam maka perkhidmatan ini diwujudkan hampir di semua bandar-bandar di seluruh Malaysia. Sila dapatkan carian perkhidmatan tersebut di link seperti di bawah ini:
Sebenarnya fungsi tugas Pesuruhjaya Sumpah Pegawai Awam dan Persendirian adalah sama tetapi masih terdapat agensi dan Jabatan Kerajaan yang tidak mengiktiraf dokumen yang dimeterai oleh Pesuruhjaya Sumpah Persendirian. Perlu diingat bahawa perlantikan setiap Pesuruhjaya Sumpah adalah di atas kuasa Ketua Hakim Negara (Mahkamah Persekutuan Malaysia). Cuma yang membezakan adalah lesen Pesuruhjaya Sumpah Persendirian diperolehi dengan usaha dan pengorbanan sendiri jika dibandingkan dengan Pesuruhjaya Sumpah Awam yang mendapat tawaran mengikut keperluan.
Perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah adalah terdiri daripada 3 golongan yang dilantik iaitu Pegawai Awam yang memberi perkhidmatan di Mahkamah atau Jabatan-Jabatan Kerajaan yang mendapat elaun khas bulanan, Peguambela/Peguamcara yang bertugas bersama firma guaman dan Persendirian yang menyewa pejabat sendiri dengan mengenakan fee sumpah yang telah ditetapkan seperti di dalam Kaedah-kaedah Pesuruhjaya Sumpah 2018.
SILA KLIK DI ATAS UNTUK MENDAPATKAN LOKASI
Setiap pejabat Pesuruhjaya Sumpah tidak dibenar memaparkan signboard mengikut kehendak masing-masing kerana kami tertakluk di bawah Kaedah 16 (Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 2018) di mana saiz signboard yang dibenarkan hanya berukuran 40sm x 50sm sahaja. Banyak rugutan yang diterima dari pelanggan disebabkan kesukaran mendapatkan pejabat ini walaupun terdapat landmark penting berada di persekitarannya seperti Amanah Raya, MyEG, Yayasan Sultanah Bahiyah, TG Group dan Takaful Malaysia. Jadi untuk memudahkan anda, sila gunakan Waze Mobile atau Google Map seperti yang disediakan di atas. Segala kesulitan amat dikesali.
Perkhidmatan menyediakan surat akuan juga disediakan di sini bagi kes-kes seperti kehilangan siijil nikah, surat beranak, sijil persekolahan, akuan bujang, penyalah gunaan nama oleh TELCO, pembetulan nama di penama TH/Geran Tanah, hak penjagaan, moratorium, AKPK, surat perjanjian sewa dan lain-lain lagi. Tugas ini akan dikendalikan oleh Petisyen Writer yang hanya menguruskan urusan surat menyurat SAHAJA. Bayaran yang dikenakan adalah RM10 - RM15 (TIDAK TERMASUK FEE SUMPAH). Sila pastikan anda membawa dokumen sokongan untuk memudahkan urusan. Bagi penyediaan surat perjanjian sewa, bayarannya berbeza mengikut kandungan yang diperlukan.
Profesion Pesuruhjaya Sumpah adalah satu bentuk perkhidmatan, bukan ruang bisnes. Kuasa menjalankan tugas adalah tertakluk peraturan di bawah Kaedah-kaedah Pesuruhjaya Sumpah 2018. Sebarang ketidakpatuhan undang-undang atau pelanggaran kaedah tersebut, jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 6 bulan atau denda RM1000 atau kedua-duanya sekali. Perlantikan juga akan dibatalkan.
Jika anda berminat dan ingin mengetahui panduan atau keterangan yang lebih lanjut tentang profesion ini, sila klik link seperti di bawah. InsyaAllah ia pasti akan membantu anda.
![]() |
https://epjs.kehakiman.gov.my/ |
Apabila Pesuruhjaya Sumpah menyempurnakan penyaksian dengan cop meterai Pesuruhjaya Sumpah, maka dokumen tersebut sudah layak dijadikan bukti untuk sebarang kes perbicaraan di mahkamah.
Setiap tandatangan @ cap ibujari pada borang akuan/surat akuan/afidavit di hadapan Pesuruhjaya Sumpah menandakan anda telah memahami dan bersetuju tentang isi kandungan dokumen tersebut.
Oleh itu, ingin saya jelaskan di sini, anda DILARANG menurunkan tandatangan @ cap ibujari terlebih dahulu dan elakkan dari menurunkan tandatangan @ cap ibujari sewenang-wenangnya jika anda masih tidak memahami isi kandungan dokumen tersebut, lebih-lebih lagi pada BORANG KOSONG.
Untuk makluman, sebahagian borang di sini hanyalah sebagai panduan atau contoh kepada anda. Kebanyakan borang rasmi terutamanya yang berkaitan proses di Jabatan Pendaftaran Negara, dikeluarkan oleh jabatan tersebut. Berikut adalah contoh borang-borang yang boleh digunakan untuk tujuan perakuan atau penyaksian sumpah.
- BORANG AKUAN SUMPAH - Boleh diguna pakai
- BORANG AKUAN SALINAN DIAKUI SAH - Boleh diguna pakai
- BORANG DDA PUSAKA KECIL - Boleh diguna pakai
- BORANG AKUAN SUMPAH HUTANG - Boleh diguna pakai
- BORANG AKUAN PENDAPATAN - Untuk AKPK / Sekolah / Rumah PPR
InsyaAllah, jika ada kelapangan saya akan paparkan lagi borang-borang yang sering digunakan untuk tujuan perakuan sumpah.
Saya ingin berkongsi dengan tentang prosedur Pesuruhjaya Sumpah yang kadang-kadang boleh menimbulkan rasa kurang senang dan salah faham. Ada yang menganggap tugas Pesuruhjaya Sumpah cukup mudah.. cop dan tandatangan saja. Satu tanggapan yang sememangnya tidak betul sama sekali. Walau bagaimanapun seseorang Pesuruhjaya Sumpah tidak berhak untuk mempertikaikan kandungan akuan sumpah anda. Hanya boleh sekadar membetulkan penggunaan ayat supaya tujuannya jelas dan tepat. . Tetapi seseorang Pesuruhjaya Sumpah boleh menolak sebarang permohonan sumpah anda sekiranya kandungan dokumen meragukannya.
Masih terdapat agensi atau jabatan Kerajaan yang tidak mengikut format sepertimana yang dikehendaki. Setiap Pesuruhjaya Sumpah terikat dengan peraturan dan kaedah yang ditetapkan oleh Mahkamah Persekutuan Malaysia. Jika anda gagal mematuhinya bererti Pesuruhjaya Sumpah juga gagal memberi perkhidmatan yang terbaik untuk anda.
Paling penting, setiap surat atau borang akuan sumpah perlu ada Akta Akuan Berkanun 1960, seperti di bawah ini. Anda juga boleh menyediakan surat akuan sendiri dengan memastikan arahan tersebut dipatuhi.
PJS tidak dibenarkan sama sekali menjalankan khidmat di luar premis atau pejabatnya atau secara mobile tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Bahagian Pesuruhjaya Sumpah, Istana Kehakiman. Berikut
adalah prosedur yang perlu dipatuhi:
KAEDAH-KAEDAH PESURUHJAYA SUMPAH 2018 TELAH DIWARTAKAN PADA 01 MAC 2018
Selaras dengan itu Kadar Fee (Bayaran) baru dinaikkan mengikut Dokumen-dokumen tertentu:
Khidmat di penjara
Khidmat di penjara
Untuk makluman, Penjara Pokok Sena dan Penjara Alor Setar telah menyediakan perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah secara internal. Pegawai Awam di Jabatan berkenaan telah dilantik untuk mengendalikan urusan tersebut Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi terus ke Jabatan Penjara berkenaan.
Khidmat di rumah
- Bagi mereka yang terlalu uzur atau sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh. Sama seperti khidmat di hospital.
- Bagi seseorang yang mengalami penyakit mental, nyanyok atau hilang ingatan, waris hendaklah menghubungi PJS terlebih dahulu untuk mengadakan perbincangan kerana proses dokumentasinya lebih rumit.
Sebarang pertanyaan yang privacy atau personal berhubung urusan harta pusaka, wasiat, hibah, nikah siam sebagainya, sila emel terus kepada saya: rn241292@gmail.com atau ezly35@hotmail.com