PERKHIDMATAN -STAMPINGS LHDN






STAMPS merupakan singkatan bagi “Stamp Assessment And Payment System” atau Sistem Taksiran dan Pembayaran Duti Setem. bukanlah baru sebenarnya kerana telah diperkenalkan oleh pihak LHDN untuk urusan pembayaran duti setem sejak tahun 2012 lagi.  Selain itu, tahukah anda, SETEM HASIL fizikal tidak lagi sah digunakan semenjak 1 Januari 2024 dan ia telah digantikan dengan Sijil Setem yang boleh dicetak secara online. Pembayaran duit setem LHDN kini lebih mudah dengan menggunakan sistem dalam talian. 
Pejabat kami telah menyediakan perkhidmatan ini khasnya untuk anda yang berada di sekitar Alor Setar. Walau bagaimanapun bagi  anda yang berada di luar kawasan sepertti yang dinyatakan, anda bolehlah menghubungi terus ke pejabat ini untuk mendapatkan keterangan lanjut.

Kenapa guna STAMPS ?

  • Menjimatkan masa memproses surat cara/dokumen
  • Proses penyeteman dan penyimpanan data lebih sistematik
  • Data selamat dan terjamin
  • Mengurangkan kos pergerakkan dokumen
  • Semakan status pada bila-bila masa
  • Pelbagai cara bayaran
 
Proses e-Stamping


Antara dokumen yang diproses untuk  tujuan mendapatkan Sijil Setem ialah:
  • Perjanjian Sewa - seperti premis perniagaan, rumah, sawah, ladang @ kebun
  • Perjanjian Sekuriti - yang melibatkan saham, bon atau wang tunai
  • Amanah Raya - borang permohonan harta pusaka, penolakan, saksi bebas dan gantirugi/pampasan tanah
  • ASNB - borang penutupan akaun untuk kes kematian
  • Borang Ar-Rahnu / Pajak Gadai

Draf perjanjian


Pejabat ini juga menyediakan perkhidmatan draf perjanjian dalam Bahasa Malaysia dan/ atau Bahasa Inggeris untuk perjanjian sewa mengikut keperluan anda. Bagi anda yang memerlukan perkhidmatan ini, sila sediakan salinan dokumen-dokumen seperti berikut:
  •  Perjanjian lama (jika ada)
  • Kad Pengenalan kedua-dua pihak
  •  SSM (jika salah satu pihak atau kedua-duanya menggunakan nama syarikat)
  • Maklumat jumlah sewaan, tempoh, deposit sewaan dan utiliti  



Gambar sekadar hiasan

Implikasi tiada Perjanjian Bertulis
Tanpa perjanjian bertulis, baik penyewa mahupun owner, berisiko mengalami pelbagai masalah yang sukar diselesaikan. Penyewa boleh kehilangan hak-hak mereka yang sepatutnya dilindungi seperti hak untuk tinggal dengan aman dan tenang. Owner pula berdepan masalah mengosongkan rumah, bayaran sewa yang tertunggak, kerosakan harta benda dan pelbagai lagi pertikaian lain.

Kesan kepada penyewa
Kehilangan hak
Tanpa perjanjian, penyewa mungkin kehilangan hak untuk tinggal di rumah yang disewa dengan aman kerana mereka mungkin berdepan tindakan pengusiran yang tidak adil atau dipaksa keluar tanpa notis yang mencukupi.

Tiada perlindungan
Perjanjian bertulis memberikan perlindungan undang-undang kepada penyewa. Tanpa perjanjian, mereka mungkin tidak dapat membuktikan hak mereka sekiranya berlaku pertikaian dengan owner.

Kesukaran menuntutt hak
Jika terdapat kerosakan pada rumah atau masalah lain, penyewa mungkin sukar menuntut hak mereka untuk mendapatkan kos pembaikan atau pampasan tanpa perjanjian yang menyatakan hak dan tanggungjawab masing-masing.

Kesan kepada owner
Kesukaran mengosongkan rumah
Seksyen 7(2) Akta Relief Spesifik 1950 menyatakan bahawa owner mungkin menghadapi kesukaran untuk mengusir penyewa yang enggan keluar tanpa perjanjian bertulis.

Masalah pembayaran
Tuan rumah mungkin menghadapi masalah dalam menuntut tunggakan sewa atau bayaran lain yang tidak dijelaskan oleh penyewa tanpa perjanjian bertulis.

Kerosakan harta benda
Tanpa perjanjian, sukar untuk menentukan siapa yang bertanggungjawab atas kerosakan yang berlaku pada harta benda dan penyewa mungkin tidak mahu bertanggungjawab.

Pertikaian yang berpanjangan
Pelbagai pertikaian yang timbul antara penyewa dan owner tanpa perjanjian bertulis mungkin sukar diselesaikan dan akan berlarutan tanpa penghujung. 


Perjanjian adalah penting untuk melindungi hak dan kepentingan kedua-dua penyewa dan owner. Ia memberikan penjelasan tentang hak dan tanggungjawab masing-masing dan membantu mengelakkan masalah dan pertikaian yang mungkin timbul.